Friday, April 16, 2010

Lu Pigi Cari Sendiri la!

Pada suatu hari, Fatimah menerima panggilan dari bank.

"Fatty-ma, lu punya wang simpanan gagal dikesan. Oleh kerana ini adalah wang kepunyaan lu, lu datang gudang bank cari sendiri."

Fatimah berasa marah maka dia pun membuat panggilan ke Ibu Pejabat bank untuk membuat aduan. Pegawai tinggi berjanji akan mengarah pegawai bawahan untuk membantu Fatimah tentang isu ini.

Semasa Fatimah tiba ke bank, dia harap pihak bank memang akan menunaikan janjian mereka untuk membantunya mencari balik wang simpanan yang telah hilang.


Sebaik sahaja Fatimah sampai di pejabat bank, dia disambut dengan ucapan sekian daripada Ketua Pajabat,

"Fatty-ma, lu tengok, saya tak cukup kakitangan sekarang." Fatimah meninjau seluruh pejabat, banyak orang sedang duduk di depan skrin komputer.

Seterusnya, salah seorang pegawai bawahan (orang inilah yang selalu membuat panggilan kepada pelanggan bank and menyuruh pelanggan supaya datang ke gudang bank untuk mencari wang simpanan yang telah hilang) pun berkata,

"Fatty-ma, kenapa lu tak boleh carikan wang tu sendiri? Lu punya kawan contohnya Rina, Raymand dengan perempuan yang mengaundung tu (Zirafah), mereka pun boleh sendiri panjat tinggi tinggi di gudang bank untuk mencari wang simpanan mereka."


Fatimah berasa marah seperti api yang sedang bermara. Dia pun turut bergaduh dengan pegawai-pagawai di sana. Dia berharap dia boleh membalas ketidakbertanggungjawapan pihak bank dengan satu perkataan---> BASKET!


Walaubagaimana pun, Fatimah akhirnya tidak mengeluarkan perkataan tersebut. Dia masuk ke dalam gudang bank dan cuba mencari wang simpanan yang telah hilang.

Selepas balik ke rumah, Fatimah cuba mencari maklumat tentang undang-undang hak pengguna dan juga undang-undang tentang bank.

Berdasarkan undang undang:

1) Pihak bank perlu menjaga wang simpanan. Selagi pengguna memegang buku simpanan, pihak bank perlu menyediakan wang kepada pengguna setelah pengguna telah mengisi borang pengeluaran wang.

2) Pengguna tidak mempunyai authoriti untuk mamasuki gudang bank untuk mencari wang.

3) Wang disimpan di tempat yang tinggi dan perlu menggunakan jentera untuk memunggakkan wang itu. Hanya pegawai bank yang mempunyai lesen jentera yang layak mengoperasikan jentera tersebut.

Persoalannya sekarang, pihak bank menekankan bahawa Fatimah perlu sendiri mencari wang simpanan yang telah hilang memandangkan Fatimah tidak mempunyai authoriti memasuki gudang wang. Kalau berlakunya sebarang kes kehilangan wang lagi, siapa yang akan menangguung?

Kenapa kegiatan per-basket-an makin berleluasa? Adakah ini disebabkan oleh ketidakbertanggungjawapan pihak bank? Atau disebabkan oleh kelembapan ketua persatuan pengguna???

Tuhan saja yang tahu. Celaka betul.

0 comments:

Post a Comment

Jayce-ism 爵士讲古 © 2008 | Coded by Randomness | Illustration by Wai | Design by betterinpink!